9 Jul 2009

PRESIDEN PAFA

KENYATAAN MEDIA DATO’ SERI PRESIDEN PAFA

YB. DATO’ SERI IR. HJ. MOHAMMAD NIZAR JAMALUDDIN


Saya memandang serius kenyataan YB Dato’ Seri Dr Zambry Abdul Kadir yang mendesak saya meletakkan jawatan selaku Presiden PAFA, kerana kononnya kantung PAFA kini kekeringan sehingga menyebabkan gaji pemain bola sepak Perak gagal dibayar mulai Jun 2009. Sebenarnya gaji mereka bagi bulan Jun dan inshaAllah bulan Julai 2009 telah memang dirancang sediakan.

Kenyataan YB Dato Seri Dr. Zambry itu tidak menunjukan sikap professionalisma seorang ketua kerajaan yang prihatin akan masalah rakyatnya. Ia lebih mengambarkan watak yang amat negatif, berdendam dan gagal membezakan kaedah bersukan dan berpolitik.

Ia secara jelas menunjukkan bahawa YB Dato Seri Dr Zambry sekali-kali tidak berfikiran positif untuk membantu tetapi sebaliknya lebih berusaha merosakkan keadaan. Setelah mengemudi PAFA kurang lebih 7 bulan, saya mendapati PAFA banyak tanggungan lapuk sejak beberapa tahun lamanya. Itulah peninggalan saki baki pengurusan lama. Namun pengurusan baru tidak pernah bersungut malah terus menggembeling khidmat bagi menyusun semula PAFA.

Bayangkan ketika ambil alih itu dengan tunggakan gaji pemain-pemain selama lima bulan yang mesti dilangsaikan. Pemain pemain serta pegawai baru telah diambil .Penyata kewangan PAFA terdahulu terdahulu dari itu jelas tertera hutang lapuk yang mencecah sekitar RM3juta. Saya difahamkan ketika itu segala peruntukan tahunan bagi PAFA dari FAM telah didahulukan. Sehinggan peruntukan 2009 juga telah pohon-ambil. Maka bagi 2008 sememangnya FAM tidak menyumbang kerana telah diserah awal terdahulu dari itu.

Semasa menjadi ketua “government of the day”, rakan-rakan exco serta Dato’ Pegawai Kewangan Negeri, tanpa mengira kedudukan siapa yang menerajui PAFA ketika itu, pernah meluluskan dan menghulurkan bantuan negeri sebanyak RM300,000.00 semata-mata untuk membantu masalah kewangan PAFA yang terlalu meruncing sebelum lagi saya mengambil alih menjadi Presiden PAFA. Saya tidak pernah mendesak sesiapapun berundur semasa itu, malahan saya tidak mendesak ditawarkan jawatan Presiden, tetapi ia diputuskan oleh Kongres tahunan PAFA. Saya pikul dengan penuh tanggungjawab dan berhemah. Jauh dilubuk hati saya mahu melihat PAFA bangkit semula dan mengharumkan Perak.

Saya menerima tawaran itu dengan hasrat membantu menyelesaikan masalah kewangan PAFA yang begitu kritikal. Tambahan banyak pihak yang mendorong saya menerima jawatan berkenaan. Akhirnya saya dipilih melalui kongres tahunan PAFA, dan saya menerimanya sebagai tindakan untuk sama-sama berusaha menyuburkan PAFA, terutama dalam sukan bola sepak.

Ramai kenalan rakan dan taulan mula membantu dan menyumbang dalam semua aspek termasuk kewangan dan tajaan yang dapat segera memulihkan PAFA. Sejak itu gaji para pemain dan pegawai dan lain lain perbelanjaan semasa tidak pernah ditangguh. Moral pemain dan pegawai memuncak.

Setelah insiden rampasan kuasa kerajaan pada 6 Feb 2009, suasana agak bertukar. Oleh yang demikian, saya juga memang tidak merancang untuk terus memegang jawatan Presiden PAFA ini, malahan akan berundur apabila tiba waktu yang bersesuaian. Saya juga telah bertemu dengan Setiausaha Agung FAM, Yg Brbhg Dato’ Azudin di pejabat beliau, memaklumkan pendirian, kedudukan, sumber dan kemampuan saya yang terhad daripada segi kewangan untuk membantu PAFA.

Sesungguhnya, saya difahamkan bukan hanya Perak menghadapi masalah kewangan seumpama ini, malahan oleh mana-mana persatuan bola sepak negeri lain memandangkan “gate collection” semasa adalah tersangat rendah. Membentuk sebuah pasukan bola sepak memerlukan masa bukan boleh dibina dalam tempoh enam bulan. Malaysia sendiri masih dalam proses membina pasukan bola sepak yang terbaik.

Saya dimaklumkan bahawa satu pasukan berhasrat menarik diri dan satu lagi pasukan telahpun memohon pendahuluan peruntukan 2010 oleh kerana himpitan kewangan. Sewajarnya jika YB Dato Seri Dr Zambry mahu mendahulukan rakyat, maka inilah masanya membuktikan bantuan kewangan dari kerajaan sekurang-kurangnya mengahabiskan tempoh satu sessi sehingga akhir bulan Ogos 2009 nanti.

Ramai di antara pemain baru yang kita rekrut 9 bulan yang lepas kini telah menunjukan mutu permainan yang amat mengkagumkan sehingga beberapa diantara mereka sedang di minati oleh FAM sendiri sebagai berpotensi menjadi pemain kebangsaan. Moral pemain-pemain dan pegawai juga meningkat. Ahli-ahli Kelab penyokong PAFA juga pada akhir-akhir ini cukup bersemangat. Sama-samalah kita majukan PAFA demi kegemilangan Perak.

41 komen:

Tungaklangit said...

WAHAI SAUDARA NIZAR...

KALAU KAMU NI SEORANG ISLAM YANG BERIMAN DAN KENAL AKAN MAHA OENCIPTA DAN DIRI SENDIRI...

MAKA KAMU TIDAK AKAN BERKELAKUAN SEPERTI NI...

KAMU NI HANYA LAYAK SEBAGAI AHLI POLITIK YANG PENUH DENGAN PENIPUAN DAN BERCAKAP BERBELIT...

BUKANNYA GOLONGAN ULAMA ATAU USTAZ YANG MENDEKATI DIRI DENGAN ALLAH...

SEMOGA ALLAH MEMBUKA HATI KAMU UNTUK BERTAUBAT...

SALAM

virus said...

WAHAI TUNGAKLANGIT BERCAKAP BIAR BERADAP. ADAKAH PEMIMPIN KAMU MENGAJAR KAMU SEBEGITU... TARAK BACA KA. DARI SEGI PENULISAN KAMU MEMANG KAMU TIDAK BERPENDIDIKAN TINGGI. AKU CUMA NAK TANYA KAMU TUNGAK LANGIT. ADAKAH PEMIMPIN UTAMA KAMU SOLAT 5 WAKTU BERJEMAAH??? KAMU TAK TERINGINKA NAK JADI MAKMUMNYA?

kr0nc0ng malaya said...

tngaklangit... xyah r bajet smat sangat... diri sendiri serabot, nak nasihat org... pe kess??? nasihat najib dulu... dia yg patot bnyk berubah....

MaMa NabIhAh said...

tunggaklangit- qoute ur words : ' kalau kamu ni seorang islam yang beriman & kenal akan maha pencipta & diri sendiri, maka kamu tidak akan berkelakuan seperti ini'

rasanya PM kita, kroni2nya n ahli keluarga mereka betul2 ke berkelakuan ikut islam, perkara mudah i.e hijab pun tak buat, apatah lagi benda2 berat lain yang Allah suruh.

jgn gelap dlm cahaya, jgn tertipu dek tipu daya, jgn angkuh bila berkata, siapa kita di sisi Dia Yang Maha Kuasa, kita hanya insan biasa, kerdil yang tak punya apa, biar aqal memimpin kita, batil dan hak ada bezanya...fikir2kanlah

Mohd Fadzli Mohd Zin said...

Datuk Seri,
Saya penyokong Selangor...hehe

Tapi tahniah untuk Perak tahun ini kerana tetap bagus walaupun dibarisi pemain muda.

Tinta Hitam said...

Teruskan usaha baik tu Datuk Seri.Jgn dipedulikan MB Mahkamah tu.Saya perhatikan dari dulu lagi sikpa dengki khianat nya berterusan.memang perangai orang UMNO mcm tu..

A.N.Z.A.R.T.I.K.A said...

http://www.ustazamin.com/2009/07/universiti-kehidupan-92-mereka-wajib.html

Wednesday, July 8, 2009
Universiti Kehidupan 92 – Mereka Wajib Dikeluarkan
7 Julai 09, saya, Kak Liza, Mak Esah dan dua orang lagi hari ini ke gereja, tempat meletakkan pesakit HIV yang muslim ini.

Alhamdulillah, hari ini, dapat diusahakan untuk mengeluarkan seorang lagi pesakit dari gereja dan ditempatkan dirumah yang telah diusahakan.

Kami sampai lebih kurang pukul 12.30. Kebanyakkan penghuni waktu ini sedang tidur kerana kebiasaannya, mereka akan berehat setelah makan ubat.

Kami memasuki kawasan gereja. Hati saya tidak putus-putus mengharapakan terbaik dari Allah.

Sesampainya kami disana, kami disambut oleh Razak, salah seorang penghuni di sini. Dia memang suka berceloteh.

“Hah, ni kawan sorang ni, dah tahu nak keluar hari ini, pun tidur lagi kat atas” katanya.

Saya naik ke tingkat atas. Di katil-katil, saya melihat saudara seIslam kita sedang berehat.

Saya bersalaman dengan yang terjaga. Mereka melemparkan senyuman pada saya.

“Kenapa orang Islam belum membuat rumah perlindungan seperti ini di sini? Adakan terlalu susah, atau kita semua sedang sibukkan perkara lain hingga terlepas pandangan hal-hal besar seperti ini” bisik hati saya.

Di tingkat atas, saya merenung jauh ke kawasan belakang gereja ini. Di sana terdapat kebun orang menanam sayuran.

Adakah, sayur ketika ditanam, terus besar dan terus boleh dipetik?. Sudah tentu tidak, ketika ia ditanam, petani harus bersabar menjaganya, menyiramnya setiap hari, membuang siput yang ingin merosakkan tanaman, membajanya dan seterusnya. Begitulah resam petani dan sayurnya.

Kenapa setelah beberapa ketika, petani boleh menuai hasil sayur. Kerana kesabaran mereka. Kenapa ada sayur yang gemuk-gemuk. Kerana ada langkah permulaan iaitu menanamnya.

Ya, langkah permulaan.

Apa yang kurang kita sekarang bukannya tenaga kerja, bukannya modal, bukannya tempat, tetapi usaha membuat langkah permulaan.

Penempatan HIV yang saya sedang berpijak sekarang, bukan dari sebuah gereja yang besar, mereka bermula dengan sebuah rumah kecil. Dengan tujuan memberi perlindungan kepada pesakit kemudian akhirnya, di sebuah gereja untuk penempatan mereka.

“Apa langkah permulaan yang perlu dibuat? Ya, carikan alternatif segera,” bisik hati saya.

Saya turun kembali ke tingkat bawah. Melihat, Razali yang sudah siap untuk bersama kami.

Di hati kecil setiap penghuni, mereka mahu keluar dari sini. Tetapi ke mana?

Wajah ceria Razali menggembirakan hati saya. Saya bukakan bahagian belakang van untuk barang-barangnya. Kami semua menaiki van. Alhamdulillah, hari ini, kita dapat keluarkan seorang lagi dari gereja ini.

Semoga, Allah terus membantu untuk tujuan ini. Satu yang kita cita-citakan. Islam sebagai agama kasih sayang bukan sahaja pada lisan. Tetapi dapat diterjemahkan di dalam tindakan.

“Universiti Kehidupan, Pengajian Sepanjang Hayat”
al-Fakir Ila Rabbihi
Muhamad bin Abdullah
Putra Heights
8 Julai 09 jam 10.15 pagi

seraiwangi said...

TUNGAK LANGIT BUTA HATI... YANG BAIK JADI JAHAT.. YANG JAHAT JADI BAIK...

Batista said...

Tungaklangit hanya bercakap dengan binatng yang tiada akal.....PAFA adr masalah sejak berzaman..pemain bkan makin kaya..makin kedana ..siapa jadi peminjam...tungaklangit kaya...jadi hulurkan harta mu untuk PAFA....jagn cakp tapi buat...lagi dosa bercakp dari buat...moga Allah beri kamu hidayah untuk bertaubat

JAMILKUCING said...

Askm

Kepada tungahlangit nak tanya sikit. apesal mak kau tak ajar kau berbahasa ke. ayah kau tu kurang ajar ke sehingga kau menjadi kurang ajar. kau tengok Yb nizar namakan zamry macamana. ( yb dato seri zamry ) walaupun musuh dia tetapi dia amsih berbahasa. kau tu, di blog bukan main taip tentang ayat-ayat,doa, nilah dia melayu umnoc elaka. berlakon tapi hati perut macam syaitan. jijik aku tengok bangsa macam kau ni.

Tentang apa yang berlaku di perak salahkan sultan perak .itu sahaja. dia tahu undang-undang tetapi membelakangkanya.

MaMa NabIhAh said...

Nabi s.a.w bersabda : 'hendaklah kalian tetap berkata benar sekalipun bahaya. kerana di dalam kata-kata yang benar terdapat keselamatan'

hanya mereka yg berani saja yang akan berkata benar walauun hakikatnya terlalu pahit utk diterima akal manusia!

mohd zulfikri said...

datuk seri nizar kami tetap bersama mu... teruskn perjuang.... org rusila sentiasa menanti kehadiran dato deri datang berceramah

unthostress said...

Teruskan usaha murni Dato Seri...

Lockon Stratos said...

TungauLangit..Criss Angel did it better than u bitCh!!

Hisham said...

Selsema babi melanda PAFA..

S. Subramaniam | Jangan Besar Kepala Yob !!!
http://www.seladang.net/2009/07/s-subramaniam-jangan-besar-kepala-yob/

Saya tidak besar kepala - Subra
http://www.yob4ever.com/v2/modules.php?name=News&file=article&sid=830

Tungaklangit said...

salam semua yang hadir

rupanya dalam Islam hamPAS ni kita tak boleh nasihat dan tegur pemimpin mereka jikalau kita melihat ada perkara yang tidak betul...

entahlah saya pun tak faham sikap kamu semua...

kata Islam berapi2 tapi kalau tegur dan nasihat tidak boleh diterima dengan hati yang lapang...

beginikah penganut agama Islam???

beginikah ceramah pemimpin hamPAS kamu ajar...

kepada semua di atas saya nak kata satu perkara ilmu Allah ni luas maka memang susah untuk mendalaminya tetapi kalau kita nak melihat seseorang maka ilmu yang perlu kita pakai ialah lihat kepada tindakan dan kata2nya...

APAKAH KOMEN KAMU BILA NIZAR KATA TIADA BUKTI ISLAM NAK LAKSANAKAN ISLAM DI PERAK DAN MALAYSIA DI SIDANG DUN PERAK???

NAK NAFIKAN LAGI???

SIAPA MUNAFIK DALAM HAL INI SAYA ATAU NIZAR???

KALAU KAMU SOKONG NIZAR MAKA SAMA LAH KAMU DENGAN YANG KAMU SOKONG TU!!!

maaf kalau kata2 menusuk perasaan kalian...

kenapa nizar yang tak jawap dok berlindung disebalik penyokong aje???

atau sibuk berceramah di kampung2 aje kerjanya.???

salam

Parpu Kari said...

HELO NIJAR THE DAP PUNYA BALACI! BILA LU MAU BERENTI DARI PAFA NI BRADER?

LU TAK RETI MALU KE BRADER? ISH ISH ISH....BUAT MALU ORG PERAK JE LA LU NI NIJAR MENTAL!

KALAU AKU DAH LAMA LETAK JAWATAN DAH,,APA KHABOR SI NGEH DAN NGA TU?

Zakaria Yahaya said...

Posted by Parpu Kari at 8:05 PM 5 comments
Labels: flip flop, Pak Lah
PENDEDAHAN - ADAKAH INI UPACARA ISLAM PAS?
Lihatlah betapa hebatnya seorang Pemimpin Islam yang lebih Cina dari Cina sendiri, aku nak tanya sikit, ini ikut mazhab apa ya? Si Nijar komunis memang sah confirm dah jadi komunis dah ni, aku nak tanya Nicky Ajis sikit, ini si NijarMental buat ni ikut hukum mana ni?

Hari tu Nicky Ajis kata masa Saiful bersumpah di dalam masjid sambil pegang Quran dikatanya cara ktistian. Sekarang aku nak tanya si ulalamak ni, balaci DAP ni ikut style apa wahai Nicky Ajis yang suka buat hukum ikut kepala sendiri wei?

Aku nak tau dari semua pihak pembangkang, korang kata UMNO kafir, ini ISLAM sangat ke? Siapa yang kafir sekarang ni? Aku tak faham dengan sesetengah bloggers pembangkang yang memuja Nijar haramjadah ini! Inikah yang kamu semua banggakan?

Kat bawah ini ada petikan yang telah aku amnbil dari Mstar untuk tatapan anda sekalian, baca dan fahamkan ya!

PETALING JAYA: Bekas Mufti Perlis, Dr. Mohd Asri Zainul Abidin menegur parti PAS agar tidak terus mencerca orang lain hanya disebabkan perbezaan pendapat.

Menurut beliau, PAS yang memperjuangkan Islam sepatutnya tahu bahawa perkataan dan tulisan cercaan mereka itu akan diadili oleh Allah di akhirat kelak.

"Perkataan Islam disebut dalam PAS, adakah mereka lupa bahawa perkataan dan tulisan cercaan mereka itu akan dibawa ke mahkamah Allah di akhirat.

"Apakah setiap kali berbeza pendapat mereka perlu mencerca pihak yang mereka tidak suka?," katanya kepada mStar Online.

Dr Asri juga menyifatkan isu 'Kerajaan Perpaduan' adalah satu contoh yang menunjukkan PAS bukan hanya mencerca pihak lain malah pemimpin-pemimpin mereka yang menyokong konsep tersebut turut menerima nasib yang sama.

"Sehingga kepada sesama sendiri pun dicerca dan dihina. Mereka hina dan mencerca pemimpin sendiri apabila berlaku perbezaan dalam isu 'Kerajaan Perpaduan'," katanya.

Tegasnya, ada pihak dalam PAS sendiri yang menghalalkan cercaan itu dengan memberikan alasan 'orang lain' lebih teruk.

"Apakah jika orang lain anda anggap teruk, maka anda boleh melakukannya juga?

"Apa akan terjadi kepada masa depan negara jika kita mengajar budaya 'jangan berbeza pendapat dengan pemimpin kami, jika tidak awak kami maki'," ujar belia lagi.

Dr. Asri juga tidak menolak kemungkinan PAS akan bertindak menghina beliau selepas kenyataannya ini dikeluarkan.

"Lihatlah selepas kenyataan ini dikeluar, sebahagian mereka akan menyambutnya dengan makian dalam blog-blog mereka.

"Mereka maki Tan Sri Harussani (Mufti Perak) apabila mereka sudah tidak sebulu lagi dengannya... dulu, mereka juga pernah memaki saya," katanya.

Dr. Asri menjelaskan, beliau bukan bermusuh kepada PAS tetapi ia hanya sebagai teguran seperti mana yang pernah dilakukannya terhadap parti Umno.

Beliau berharap pemimpin tertinggi PAS dapat menasihati ahli-ahli mereka terutama yang menjadikan laman blog sebagai medium untuk mencerca orang lain supaya lebih berakhlak.

Jelasnya, generasi muda pada masa ini semakin bijak menilai bahawa budaya politik maki hamun dan carut-marut hanya kerana perbezaan pendapat bukan akhlak Islam.
(Komen sikit tentang perlakuan DSN ni skit, kelirulah)

Mystique said...

Dahulu Mufti Perak sudah mengatakan hampir 100,000 orang melayu murtad. Kini apa yang dikatakan oleh beliau adalah benar.

Orang Melayu pakatan sudah murtad kepada agama Kristian. Dan agenda pendakyah Kristian sudah hampir berjaya menghancurkan orang islam di Malaysia.

Ketika Islam Dicabar, Rasullullah s.a.w Di Hina, Bangkitlah Wahai Umat Muhammad Demi Mempertahankan Akidah Dan Kebenaran Yang Diyakini. Kenalilah orang kafir jahanam yang menjadi sahabat PAS...

Baca kisah seterusnya di www.selamatkanperak.com

Nizar berdoa sambil pegang lilin?Nizar wajib bertaubat?Baca artikel ini di www.selamatkanperak.com

Tungaklangit said...

salam sdr nizar

kamu biasa jadi imam kan?

kamu tahu baca al quran kan?

apa makna ayat dan hadith di bawah dan tingkah laku kamu macam orang kafir aje tu..???

Bermaksud:
“Katakanlah (wahai Muhammad): Hai orang kafir. Aku tidak akan menyembah apa yang kamu sembah dan kamu tidak mahu menyembah (Allah) apa yang aku sembah. Dan aku tidak akan beribadat secara kamu beribadat dan kamu pula tidak mahu beribadat secara aku beribadat. Bagi kamu agama kamu, dan bagi aku agamaku.”

(al-Kafirun ayat 1-6)

5. Demikian juga penampilan peribadi umat Islam tidak boleh sama dengan umat lain dalam hal-hal bersifat individu, misalnya dalam hal berpakaian, minuman, hiasan rumah, gaya hidup, penampilan dan sebagainya. Hukum Islam jelas dalam hal melarang umatnya meniru atau menyerupai budaya dan cara hidup orang bukan Islam. Ini berdasarkan hadith Rasulullah S.A.W. :

Bermaksud : “Sesiapa yang mengamalkan perkara yang bukan dari pada amalan kami maka ia akan ditolak.”

( Riwayat al-Bukhari dan Muslim)

"Abdullah bin Umar berkata : Bersabda Rasulullah s.a.w : Janganlah kamu menyerupai orang-orang Musyrikin, peliharalah janggut kamu dan tipiskanlah misai (kumis) kamu". H/R al Bukhari, Muslim

Dewan Pemuda Pas Kawasan Bukit Gantang said...

ceramah israk mikraj
24 julai 2009
( lepas maghrib)
di masjid changkat ibol
oleh : yab ds ir nizar jamaludin

CERAMAH PERDANA :
(ISU-ISU PANAS)

24 JULAI 2009
(JUMAAT 9.30 MLM)

DI DATARAN MARKAS PAS
PEKAN BUKIT GANTANG

PENCERAMAH :
YAB DS IR NIZAR JAMALUDIN
US. IDRIS AHMAD

SEMUA DIJEMPUT HADIR

MaMa NabIhAh said...

buat YB Ds Nizar,

Allah berfirman,
'sifat-sifat yang baik itu tidak dianugerahkan melainkan kepada orang yang sabar dan tidak dianugerahkan melainkan kepada orang yang mempunyai keuntungan yang besar' Fussilat ayat 35.

bersabarlah DS, moga Allah akan mempermudahkan segala urusan DS dalam menegakkan ad-dinNya dan menjunjung syariatNya, amin

MaMa NabIhAh said...

buat tungaklangit, parpu kari, zakaria yahaya, mystique

Nabi s.a.w bersabda ' bukanlah golongan ini daripada orang yang beriman yang sempurna imannya; orang yang suka mengecam, suka melaknat, yang suka bercakap kufur dan yang suka mencarut'

kalau kita semua bukan berada dalam lingkungan mereka yang beriman, di manakah kita selayaknya, nauzubillah!

p/s : gunakanlah panggilan nama mereka yang sebaiknya tanpa menambah-nambah perkataan yang tak baik maksudnya, kerana nabi sendiri tidak pernah menggunakan kata yang kesat pada seteru baginda.

MaMa NabIhAh said...

mystique said nizar berdoa sambil pegang lilin?

betul ke nizar sedang berdoa saat itu sambil memegang lilin, ada kedengaran ke? rasanya tiada!

dont judge a book by its cover, setiap perbuatan disertai niat, dan kita tak mampu menilai orang hanya melalui perbuatannya semata.

secara physicalnya, saya tidak merasa DS NIZAR sedang berdoa saat itu.

jgn cepat buat konklusi kalau kita sendiri tidak pastI!

Tungaklangit said...

SALAM SEMUANYA

BAGI MEREKA YANG MASIH NAK MEMPERTAHANKAN SDR NIZAR NI TAK TAHULAH SAYA KATAKAN SIAP DENGAN HUJAH NAS DAN HADITH DIBERIKAN UNTUK MEMPERTAHANKAN SEORANG HAMBA ALLAH YANG TERANG2 MENGIKUT AMALAN ORANG KAFIR...

BAGI MAMA NABILALHAH

KAMU AJARLAH ANAK KAMU PERGI KE MAJLIS MEMPERINAGTI ORANG KAFIR MATI DAN KALAU ORANG BAGI LILIN PEGANG WALAUPUN TAK BERDOA TPI TUNDUK DIAM SAJA... SAMBIL MENGIKUTI PERBUATAN ORANG KAFIR ...

ELOKLAH SAUDARI MAMA

NAK PERTAHANKAN ORANG NI TENGOK KEADAANLAH... ELOK DIAM SAJA DARIPADA MENYEBABKAN ORANG RAMAI TERKELIRU DENGAN HUJAH SAUDARI...

SALAM

cicitHJHASSANu said...

kesabaran menentang puak2 munafik ameno memang banyak dugaan....

MaMa NabIhAh said...

tungaklangit,

saya tidak mempertahankan seorang hamba Allah yang terang2 mengikut amalan orang kafir, tetapi saya sedang mempertahankan seseorang mujahid yang sedang dirobek-robek maruahnya di khalayak ramai, seorang pejuang yang sedang ditindas dari segenap inci, dan seorang muslim dari sakit hasad dengki dan fitnah saudaranya sendiri

adalah lebih baik daripada mempertahankan org yang mengaku islam tapi juga terang2 mengikut amalan orang kafir, ie tidak berhijab, bersalam dgn bukan mahram, macamnana tu? sedangkan nas Quran jelas mewajibkan pemakaian hijab bagi perempuan kecuali muka n tapak tgn dan larangan bersentuhan antara lelaki n perempuan bukan mahram!

Insyaallah, saya akan didik putera puteri saya supaya menjadi seperti Saidina Abu Bakar yg setia bersama Rasulullah di saat tiada siapa mempercayai wadah perjuangan baginda, Saidatina Fatimah Binti Muhammad dan Saidatina Aishah Binti Abu Bakar,yang sentiasa berdiri di belakang baginda sepanjang hayatnya dalam mempertahankan syariahNya. amin!

semoga Allah merahmati dan menunjukkan jalan yang haq buat kamu wahai saudara!

Tungaklangit said...

salam sdri mama

yang nizar salam dengan amoi tu tapa pulak ye????

kamu ni betullah nampak sangat sokong bawak rebah...

kalau nka kutuk orang tengoklah pemimpin kita dulu...

untuk makluman sdri mama... sdr nizar ni tengelam dalam dygaan Allah setelah diberi sedikit kedudukan dan pangkat serta kuasa...

tapi sebagai pemimpin dan mengaku ulama beliau merasa malu untuk mengaku kesilapannya...

kalau dia betul2 beriman dia akan terima semua yang berlaku dengan berlapang dada sebab semua yang berlaku adalah kehendak Allah...

tak kan yang semudah itu sdri mama tak tahu kot...

salam

MaMa NabIhAh said...

tungaklangit,
memang apa yang berlaku atas percaturan dan kehendak Allah, tapi ada juga yang disebabkan oleh sesama manusia sendiri.

setakat hari ini, saya belum pernah melihat DS NIZAR bersalaman dgn amoi yang dikatakan, mungkin kerana saya tidak selalu sgt mengikuti laporan media cetak n elektronik yang kadangkala berat sebelah. kalu ada gambarnya sila hantarkan kepada saya di emel syikin_jb@yahoo.com. mungkin boleh diambil iktibar.

apapun, kita serahkan kepada Allah kerana dia yang lebih Mengetahui dan diharapkan agar kita semua ditunjukkan jalan yang benar sehingga ke akhir hayat, dan tidak mati bertemu Allah dalam keadaan yang sia-sia.

Tungaklangit said...

salam sdr mama

alamat email saudarai tak betul tetapi tak apalah

saya ingatkan nak hantar gambar yang saudari supaya membuktikan saya bukan berkata kosong...

kalau saudari rajin jengoklah dalam blog saya insyallah saudari mama akan lihat gambar itu

salam

Tanahserendah said...

Kepada tungaklangit,

Kalau nak berhujah pun bagilah hujah berdasarkan fakta. Apa yang dinyatakan oleh DS Nizar adalah fakta yang tidak dapat dijawab oleh tungaklangit dan sekutu yang sewaktu dengannya. Zaman sekarang bukan lagi tahun 1965 di mana apa jua propaganda politik begitu mudah diterima oleh orang kampung. Dulu sumber2 maklumat tu kurang, jadi apa saja yang diberitahu semua orang akan mempercayainya. Sekarang kita berada dlam zaman yang berbeza. Banyak sumber maklumat selain dari media arus perdana yang dilihat hanya menyampaikan maklumat untuk satu pihak sahaja. Dalam hal ini wahai sahabatku tunggaklangit dan sektutu yang sewaktu dengannya, aku teringat kepada sahabatku yang berasal dari Kelantan. Dia berkata "ko jangan percaya kepada mereka yang memberi komen dalam blog tapi hujah berdasarkan fakta, x ade, mcm budak sekolah rendah yang lulus UPSR. Katakan saja pada mereka "HOK DEMO DOK ROYAT TU, SOH KAN ORE, BERUK MAT YEH PUN TAK CAYO" TERJEMAHANNYA lebih kurang begini, "APA YANG ENGKAU CAKAP TU, USAHKAN ORANG, BERUK MAT YEH PUN TAK PERCAYA"..

Tanahserendah said...

Kepada tungaklangit,

Kalau nak berhujah pun bagilah hujah berdasarkan fakta. Apa yang dinyatakan oleh DS Nizar adalah fakta yang tidak dapat dijawab oleh tungaklangit dan sekutu yang sewaktu dengannya. Zaman sekarang bukan lagi tahun 1965 di mana apa jua propaganda politik begitu mudah diterima oleh orang kampung. Dulu sumber2 maklumat tu kurang, jadi apa saja yang diberitahu semua orang akan mempercayainya. Sekarang kita berada dlam zaman yang berbeza. Banyak sumber maklumat selain dari media arus perdana yang dilihat hanya menyampaikan maklumat untuk satu pihak sahaja. Dalam hal ini wahai sahabatku tunggaklangit dan sektutu yang sewaktu dengannya, aku teringat kepada sahabatku yang berasal dari Kelantan. Dia berkata "ko jangan percaya kepada mereka yang memberi komen dalam blog tapi hujah berdasarkan fakta, x ade, mcm budak sekolah rendah yang lulus UPSR. Katakan saja pada mereka "HOK DEMO DOK ROYAT TU, SOH KAN ORE, BERUK MAT YEH PUN TAK CAYO" TERJEMAHANNYA lebih kurang begini, "APA YANG ENGKAU CAKAP TU, USAHKAN ORANG, BERUK MAT YEH PUN TAK PERCAYA"..

mrfeusted said...

saudara DS...sedih melihatkan watak DS dalam arena politik..saya sememangnye penyokong DS dan PAS..namun setelah beberapa isu yang tidak ditangani dengan bijak..saya memilih untuk menentang pengkhianatan yang DS telah buat kepada isu tanah dan sultan..sama-samalah kita menginsafi...

anamukmin said...

jom singgah
berkongsi ilmu memngenai msg yg pnah kta trima dahulu di
http://anamukmin3.blogspot.com/

tok_gajah said...

Sikap perkauman sangat penting demi mengekalkan kuasa politik melayu/Islam.

Sikap perkauman dikalangan kaum cina dan india sangat tebal dan kukuh, itu sebab mereka boleh hidup senang dan maju di mana2 sahaja di muka bumi ini.

Sikap perkauman cina boleh disama kan dengan bangsa yahudi.

Kaum cina sangat bijak 'menyamarkan' sikap perkauman mereka sehinggakan sukar bagi melayu yang bodoh mengesan nya.

PAS-PKR-DAPigs said...

Di P Pinang, oleh kerana DAP nya teguh macam piramit di Egypt, maka tiada siapa boleh gugatnya - walaupun PAS ada satu ADUN ianya macam anjing kurap sahaja di pandang oleh DAP.

Paling istimewa bagi PAS ialah di Perak. Oleh kerana undang2 negeri Perak tidak membolehkan kafir jadi MB makan PAS diberi peluang jadi MB walaupun PAS cuma ada 6 ADUN nya. Jika sekiranya ketika itu DAP ada seorang calun nya dari melayu/Islam sudah tentu PAS jadi anjing kurap juga.

Jika diadakan PRU semula di Perak, dah tentu DAP akan letak kan seorang calun nya dari kaum melayu/Islam. Calun melayu/Islam DAP pernah menang di kawasa cina 90% di Pasir Bedamar, Teluk Intan satu masa dulu. Nama calun nya Fazlan Yahya kalau tidak silap.

Sekarang PAS sudah di anjing kurapkan oleh DAP/PKR di Selangor pula.

wak-labu said...

Anak2 muda hari ini terlalu giarah berpolitik. Malang nya mereka sangat kurang atau terlalu cetek tentang 'kuasa politik'.

Kuasa politik Tanah Melayu harus di terajui oleh Melayu/Islam. Ertinya ketua pentadbiran Melayu/Islam dan EXCO nya mestilah lebih 51% Melayu/Islam. Jika perkara ini TIDAK berlaku ini bermakna 'kuasa politik Melayu/Islam' tidak ujud.

Perkara ini sudah berlaku di negeri Perak. Walaupun PAS cuma ada 6 kerusi DUN, wakil PAS menjadi Menteri Besar Perak. Tetapi jika di lihat pada barisan EXCO nya, PAS cuma ada seorang ahli sahaja. Sedangkan DAP/PKR ada 9 ahli EXCO nya.

Jika di pecahkan kepada kaum, Melayu/Islam cuma ada 3 ahli EXCO berbanding DAP/PKR 7(bukan melayu/Islam). Inilah yang di namakan Melayu/Islam sudah kehilangan 'kuasa politik' nya.

JAMILKUCING said...

Derhaka Hanya Pada Allah


Semoga Bangunan Gah hasil dari wang rakyat ini Ini Ditelan Bumi Bersama Penghuni-Penghuninya.

Apabila Raja Memijak Perlembagaan Negeri.

Tunggulah Masanya Rakyat Memijak Mahkota Raja

Pada Masa Itu Usah Dikesali Lagi

Apabila Istana menjadi Gedung Barang Purba

Aku Tidak Mengundi Barisan Nasional
Sebab Aku Ada Prinsip Bahwa Jika Mahu berkuasa
Perlembagaan lah Yang Wajar Dituruti
Bukan Nafsu Yang Membuak
Bukann raja Yang Memihak

Selamat Jalan Tuanku Sultan Perak
Barang Dijauhkan Allah
Keturunan ku Bertemu Jodoh Dengan Keturunan Mu,

Percayalah Tuanku
Bahawa Mereka yang Zalim
Pasti Akan Dihapuskan Tuhan Hingga Ke Akar Umbi


Dikau Patut Mencontohi Queen Beatrik

Queen Yang memerintah Negara Natherland

Baginda di Lantik Menjadi Queen

Tidak Mencampuri Urusan perniagaan dan Politik.

AKU MOHON DURHAKA TUANKU

Tapi hanya pada kata-kata

kerna pada ku makna derhaka

hanya pada allah subhanahuwataala.

Apa Jadi Dengan Gamuda.Dah Nak Bengkrup.semoga hancur lebur hendaknya...

RAJA KUCING
NEGERI PERAK

http://bbcatlover.blogspot.com/2009/08/derhaka-hanya-pada-allah.html

Tungaklangit said...

SALAM

SEMPENA MENYAMBUT BULAN RAMADHAN INI SAYA INGIN MENGAMBIL KESEMPATAN UNTUK MEMOHON MAAF ATAS KEKASARAN BAHASA SEMASA MEMBERI ULASAN KEPADA SAUDARA-SAUDARA SEKALIAN

SEMOGA RAMADHAN INI DAPAT MENYATUKAN HATI UMAT ISLAM DI MALAYSIA INI...

SALAM SEJAHTERA

failin83Inc said...

Dear Tungaklangit,

Mike orang kuat UMNO/BN dan Mike tak kan sokong PAS. Mike tak payah le nak menipu diri mike tu yang mike ni boleh pertimbangkan UMNO dan PAS. Bagi mike, ape je yang PAS buat sumenye salah.

Mike jugak kene ingat, yang balas komen mike tu, sumenya orang kua PAS/PR. Mike caci le macam mane pun, deme tetap akan sokong PAS. Pendek kate, mike serupe deme.. Deme pun serupa mike.. Mike hanye buat usaha yang sia-sia.. Teman sokong PAS. Teman tak kan cakap pasal perjuangan PAS pada mike. Sebab teman tau mike tak leh terima. Begitu lah sebaliknya. Mike bagi la teman berjuta-juta pun. Teman tetap sokong PAS..

Oleh yang demikian, mike cermin la diri dahulu sebelum ngate ke orang lain.. Biarlah orang politik bertempur. Memang itu seni Politik. Kite ni nak lebih-lebih buat ape??? Time undi, mike pangkah le yang mane mike suke, teman pangkah yang mane teman suke..

Bagi teman, tak semua UMNO/BN tu salah dan tak semua PAS/PR tu betul.. Kite dah beratus tahun kehilangan Nabi Muhammad s.a.w yang kite sanjungi.. Hanya baginda dapat menyatukan umat manusia tanpa mengira bangsa dan agama.

Masalah nye, boleh ke mike berpikiran macam teman?? Di Negara maju, perbezaan pahaman politik langsung tak membuatkan mereka berpecah. Malah, bagi mereka kerajaan dan pembangkang merupakan pelengkap kepada sesebuah pentadbiran.

Andaikata BN tewas hari ini, tak semestinya akan tewas selamanya. Apa salah kiranya bertanding secara adil. Kita kena paham, rakyat bukan bodoh macam dulu. Kalau PR tak mampu memerintah, pasti PR pun akan tumbang.

Teman, menyeru kepada mike dan semua pembaca supaya ubah 'mind set'. Sebabnya, mind set macam mike ni la yang membuatkan bangsa mundur.

Wasalam...

Malaysia Bebas dari Pakatan Rakyat said...

bola sepak perak teruk terjejas di bawah nizar..minta nizar letak jawatan sebagai persiden PAFA...
memalukan......