22 Jun 2009

ANGKAT SUMPAH AHLI PARLIMEN BUKIT GANTANG

Asalamualaikum dan salam sejahtera!

Berita tersebar luas tentang kekecohan yang berlaku pada hari Isnin, 15 Jun 2009 jam 10.00pagi di dalam Dewan Rakyat, yang menyebabkan Speaker Dewan Rakyat (Speaker) mengarahkan 7 orang ahli Parlimen termasuk saya untuk keluar dewan.

Tepat pada jam 10.00 pagi saya dijemput mengangkat sumpah/berikrar oleh Speaker setelah doa dibaca. Ketika itu saya lihat semua pemimpin Kerajaan (Perdana Menteri, Timbalan PM, Menteri dan Timbalan Menteri) serta pemimpin Pakatan Rakyat termasuk ketua Pembangkang dan pimpinan Pakatan Rakyat. Saya juga lihat ramai ketua Kementerian , Ketua setiausaha Kementerian, ketua Jabatan -jabatan dan wakil rakyat PR dari Perak dan orang ramai di ruang tetamu.

Ketika itu juga saya lihat ratusan Photographer/ jurugambar sedang menunggu dan mengambil gambar insiden angkat sumpah tersebut.

Saya berjalan ke rostrum dan terus berdiri serta mengangkat tangan kanan untuk membaca kenyataan sumpah yang tertera seperti berikut:-

" Saya, Mohammad Nizar bin Jamaluddin, setelah dipilih sebagai seorang Ahli Dewan Rakyat adalah dengan ini mengangkat sumpah/berikrar dengan sesungguhnya bahawa saya akan menunaikan kewajipan-kewajipan saya sebagai yang demikian dengan jujur dengan segala daya upaya saya, bahawa saya akan menumpukan taat setia yang sebenar kepada Malaysia, dan akan memelihara, melindungi serta mempertahankan Perlembagaannya".

Sewaktu saya membaca sumpah tersebut hati saya cukup bergelora dan sempat saya menjeling kearah YAB Perdana Menteri yang kebetulan, cukup hampir disebelah kiri saya. Sebaik sahaja selesai angkat sumpah, maka saya dijemput untuk menandatangani dokumen sumpah/ikrar. Saya menandatangani dokumen sumpah tersebut. Saya terus bangun dan secara spontan telah memohon izin dari Speaker seperti berikut"

"Tan Seri Tuan yang Di Pertua, saya ingin memaklumkan kepada semua ahli dewan ini tentang krisis perlembagaan di Perak sekarang". Maka saya terus melaungkan (HIDUP HIDUP, HIDUP RAKYAT! BUBAR BUBAR, BUBAR DUN PERAK!, HIDUP HIDUP, HIDUP RAKYAT ..) sambil melilit lilitan kain hitam yang tertulis ... Bubar DUN....

Pada masa yang sama ramai ahli Parlimen PR juga turut melilit lilitan kepala masing-masing. Kami di arah oleh Speaker untuk membuka dan menanggalkan lilitan tersebut di atas sebab bertentangan dengan tatatertib berpakaian. Saya akur arahan Speaker dan sejurus kemudian saya di iring ke kerusi Bukit Gantang yang terletak di belakang sekali (ceruk) dalam dewan.

Seramai 6 orang ahli Parlimen enggan membuka dan mereka diarah keluar Dewan. Semua mereka telah keluar dewan. Sebaik-baik sahaja saya mulai duduk dikerusi, belum sempat 10 saat, saya telah juga diarah keluar oleh Speaker kononya pencetus kekecohan. Saya akur dan keluar.

Kami kemudianya mengadakan sidang akhbar di lobi Parlimen dan saya serta rakan-rakan ahli Parlimen PR menerangkan serta memprotes arahan Speaker tersebut.

Saya bertindak secara spontan kerana saya tidak boleh terima perakuan sumpah saya mahu
memelihara, melindungi serta mempertahankan Perlembagaan Malaysia, sedangkan di hadapan saya tertonggok ketua perampas (YAB PM) yang mengepalai rampasan kuasa merompak hak rakyat dan kerajan Pakatan Rakyat pada 5 Feb. 2009 di Ipoh. Saya juga memikirkan kekejaman dan kezoliman UMNO-BN di Perak apabila mereka mengarah anggota keselamatan polis mencerobohi serta mengusir Speaker DUN Perak YB V. Sivakumar secara paksaan dan mengheret Speaker tersebut keluar dewan Undangan Negeri Perak dan menyembunyikan beliau di dalam sebuah storeroom.

Oleh kerana jiwa saya meronta, bagaimana saya bolih menerima suasana di dalam Dewan Rakyat kita bolih bersidang mengikut peraturan dan tenteram sedangkan di DUN Perak orang yang sama melanggar, menodai, mencabuli peraturan dan perlembagaan. Saya tidak bolih terima keadaan begini!.

Saya amat terasa benar bagaimana mereka tanpa ketemadunan mencerobohi DUN Perak dan dengan zolimnya mengusir Speaker yang sah YB Sivakumar.

Sudah tentu mesej sampai kepada YAB PM dan pimpinan UMNO BN peringkat pusat mengenai apa yang mereka lakukan di Perak. Inilah hakikatnya yang mana keseluruhan rakyat Perak termasuk institusi dan lain-lain individu mahukan DUN Perak dibubarkan bagi menyelesaikan kemelut politik dan krisis perlembagaan di Perak yang sudah masuk 5 bulan sekarang.

Jika YAB PM menyatakan mahu mendahulukan rakyat, maka rakyat mahukan DUN Perak dibubarkan, maka buktikanlah. Maka saya percaya bahawa di Dewan Rakyatlah tempat yang paling sesuai serta masa, suasana dan ketika yang paling optima untuk saya menjelmakan tuntutan rakyat untuk bubar DUN Perak dan mendedahkan kebiadaban YAB PM yang mengepalai rampasan kuasa tersebut. Sedangkan di Perak bila laungan yang sama dibuat, maka pihak polis telah dikerahkan menangkap ahli YB serta rakyat yang menyokong PR.

Pada 7 Mei 2009, di DUN Perak, apabila Speaker V Sivakumar, sebelum memulakan persidangan, mengarah 7 orang ADUN keluar dewan (YB Zambry dan 6 exco lain) mereka ingkar. Bukan hanya ingkar, mereka kerah anggota polis ramai-ramai rampas dan usung paksa Speaker tersebut keluar dewan dan meletakan Speaker haram.

Di Dewan Rakyat, apabila 7 orang ahli Parlimen ( saya dan 6 orang ahli Parlimen) keluar dewan, kami akur dan tinggalkan dewan rakyat, kerana kami faham dan akur serta peka kepada kuasa Speaker dewan. Kenapa UMNO-BN tak ikut dan patuh arahan Speaker Perak?

Inilah suasana konflik yang berlaku seolah-olah tiada apa berlaku di Perak, dan pimpinan UMNO-BN bolih buat tak tahu dan lepas tangan sahaja. Apapun, penyelesaian krisis perlembagaan Perak dan kemelut politik hanya bolih diselesaikan dengan bubarkan DUN Perak.

Sebanyak 4 pilihanraya kecil telah diadakan sejak kemelut politik di Perak, semuanya telah selamat dilaksanakan dan rakyat bolih terima keputusan pilihanraya tersebut. Kemelut Perak sekarang sudah berlanjutan hampir 5 bulan dan masih tidak ada penyelesaian. Mampukah dan mahukah kita melihat perlanggaran dan pencabulan perlembagaan negeri dan pusat? Jika penyelesaian adalah dibubarkan DUN Perak, kenapa UMNO cuak sangat bertemu rakyat dan menyerahkan hak rakyat bagi memilih kerajaan baru?

32 komen:

lempengterbakar said...

teruskan berjuang dan berjuang!!!allahuakbar!!

Blog master said...

Salam dato, nak tanya 1 soalan simple. Andai kata PR dapat merampas parlimen pada 16 sept lepas seperti mana yang terjadi di Perak (walaupon berbeza skit dimana BN Perak x der pasang niat seperti mana PR), adakah Dato akan melaungkan bubar parlimen dan berjuang sepenuh hati seperti ini?

Terima kasih.

Love Perak said...

takbirr...hidup nizar..hidup perak...

C.H.E Dayat said...

salam dato' seri,

pada pandangan saya dato' seri perlulah menerima qada' dan qadar dari Allah... Sudah tertulis bahawa sudah sampai masanya dato'seri sudah tidak lagi dipilih untuk menjadi khalifah.. saya bukanlah pro BN mahu pun Pro PR, tetapi saya ingin bercadang bahawa dato' seri perlulah banyak bersabar, lakukan solat hajat, solat istiqarah dan haruslah berfikir bahawa kesemua yang terjadi ini ada hikmah yang hendak disampaikan dariNYA... Sebagai insan biasa, kita tidak terlepas dari salah dan khilaf... ingatlah dato' seri, bahawa apa pun cara yang dilakukan untuk mengambil semula Perak itu, itu semua sudah ketentuanNya....

rusdiyk said...

kepada blogmaster dan C.H.E Dayat, komen anda kena berpijak pada fakta. Saudara Anwar memohon speaker untuk membuat sidang tergempar di parlimen, dan seperti yang diketahui umum telah ditolak oleh speaker. Begitulah besar sekali kuasa Tuan Speaker. Tetapi Sidang DUN Perak tidak pernah bersidang dan BN berkuasa dengan tipu-daya dan berselindung di belakang takhta istana Perak.
Berkenaan Pelu akur pada Qada dan Qadar, memang umat Islam yang beriman perlu akur. Tapi umat islam tidak akan patuh selama mana peristiwa ini terpalit dengan penipuan, pemerasan dan penyembunyian manusia. Semuga kita memandang sesuatu isu berlandaskan fakta.

Blog master said...

Salam. Rusdiyk, saya rasa fakta saudara kemukakan langsung x der kene mengena dengan soalan berunsur pendirian saya kepada dato kerana seperti mana kita ketahui sidang tergempar ke tak, x menjadi persoalan. Sebab hari lain boleh buat juga. X semestinya 16 sept, bulan nih boleh jugak. Kalo betul, sekarang buat.

Dan kene tahu, apa berlaku di DUN Perak dan Parlimen amat berbeza. BN Perak memang ada 'nombor majoriti'. PR di parlimen jangan nak dikatakan 'nombor majoriti', 'tambah satu' pon x der. Dan konsep demokrasi senang, majoriti berkuasa.

Apa2 pon, biarlah Dato jawab soalan tersebut.

Otai Manjung Man said...

Tahniah Dato'! Kalau kita diam, bermakna kita menyetujui tindakan rakus umno di perak. Kita terima ketentuan Allah, tapi kita juga wajib menjalankan apa yang Allah perintah. Dato' Seri wajib memegang amanah yang Allah berikan pada dato melalui pilihan rakyat. teruskan menentang kezaliman!

Saya sebagai penyokong setia dan pengundi dato' seri berharap dato' dapat meneruskan kehendak rakyat terutama di dun pasir panjang. Pihak Otai-Manjung tetap bersama dato seri! kami bertuah kerana Allah telah menetapkan dato seri mewakili kami di dun pasir panjang. Syukur kami mempunyai seorang pemimpin yang berpotensi dan berkarisma. Terima Kasih dato kerana terus bersuara bagi pihak kami.

ALLAHUAKHBAR!

budak kampung online said...

TEGAKKAN KEBENARAN...SUARA RAKYAT DIUTAMAKAN...

7seven said...

aik merampas kuasa dikire kene terima qada dan qadar lak? mane belajor tu yop?lagi satu yg "blog master" yg tk berape nk master tu tkyah lah nk ungkit2 16 sept..cari ler isu lain..yg hangpa duk bentuk kerajaan kudeta la ni pun atas majoriti apa?majoriti bebas 3 org yg rasuah??kerajaan kudeta rasuah nk jadi kerajaan? umno dh nk karam dh yop..duk perjuang bangsa ape lagi yop..sudah2 lah..isu boneka dap pun hangpa yg lebih2..nizar bg tanah kt cina miskin kt kg.baru,hangpa bagi tanah selama 50 tahun kt toke2 cina..umno lagi barai yop..asik nipu org..menipu rakyat..

MuhD NoR AzyM said...

Salam'alaik..

Sebagai rakyat Perak, saya menyokong penuh kepimpinan Dato' Seri Nizar.

Tindakan UMNO di DUN Perak amat2 memalukan. Perlembagaan habis semua dilanggar.

Wahai UMNO, jika engkau berani, maka BUBARKANLAH DUN PERAK. Biar rakyat yg menentukan. Usah biarkan 3 katak yg terloncat2 sbg kayu ukur "rakyat menerima pemerintahan UMNO".

Semoga DUN dibubarkan. Amin.

syikin said...

BUBAR DUN jalan terbaik dan itulah yang diperjuangkan oleh D.Seri. adakah kita harus berserah kepada takdir bila mana kezaliman terus-terusan berlaku.fahamilah...

Lockon Stratos said...

tahniah DS Ir Nizar..tindakan di Dewan Negara membuktikan Speaker berkuasa..dengan ini rakyat dpt melihat isu DUN Perak dgn lebih jelas lagi..sapa btol @ sapa mangkuk..mana Parpu Kari??

ezad said...

salam semua...ramai yg tak faham apa makna qada' dan qadar...jgn mudah sebut je tapi tak faham makna sebenar...jika ada yang bertanya kepada saya apa makna sebenar qada' dan qadar maaf tak dapat nak dihuraikan disini...pergilah cari tok guru yang tak makan gaji ngan kerajaan dan tok guru yang benar-benar zuhud...bila DSAI nak buat projoek 16 september semua barua umno memekak, membising komen tentang kredibiliti dan sebagainya kata lompat parti tak bermaruah...tapi apabila Najib buat begini mana perginya komen tersbut yang membicarakan soal maruah tadi...? sebenarnya DSAI sengaja mengada adakan cerita projek 16 september untuk melihat reaksi pemimpin umno dan untuk menghalang umno dari merampas kuasa dengan cara begini...tetapi malang sekali umno memang muka tak malu...muka tembok...baru beberapa bulan yang lalu menentang lompat parti tapi akhirnya umno yang buat keje dulu...

Rantong said...

Berhat-hatilah bilamana menulis blog. Tulis dengan ilmu & iman.

"Wahai orang-orang yang beriman, jauhilah kebanyakan daripada sangkaan (supaya kamu tidak menyangka sangkaan yang dilarang) kerana sesungguhnya sebahagian daripada sangkaan itu berdosa, dan janganlah kamu mengintip, mencari-cari kesalahan dan keaiban orang, dan janganlah sesetengah kamu mengumpat sesetengahnya yang lain. Apakah seseorang daripada kamu suka memakan daging saudaranya yang telah mati? (jika demikian keadaan mengumpat) Maka sudah tentu kamu jijik kepadanya. (Oleh itu, patuhilah larangan-larangan tersebut) dan bertakwalah kamu kepada Allah, sesungguhnya Allah Penerima taubat lagi Maha Mengasihani. " (Al Hujurat ayat 12)

View Profile: Rantong™

aizat nasri said...

hidup dato' seri....hidup dato' seri...bgaus...baru diorg terkejut...kami rakyat kampar mnyokong perjuangan dato' seri yg berpegang pada amanah Allah....

Tungaklangit said...

AMANAT BERGUNA UNTUK SAUDARA YANG TELAH LARI DARI SIKAP SEBAGAI SEORANG ISLAM....

WAHAI PEMIMPIN DAN AHLI PAS

1. Saudara-saudara sekalian, Percayalah! kita menentang PAS bukan kerana nama dia PAS, kita menentang PAKATAN RAKYAT, bukan kerana nama PAKATAN RAKYAT.

2. Kita menentang dia kerana dia MEMUTAR BELIT AYAT SUCI AL QURAN, BERSENGKOKOL DENGAN KAFIR, MENGKAFIRKAN SESAMA ISLAM".

3. Oleh kerana itulah kita berjuang melawan mereka. Percayalah saudara, perjuangan kita adalah DIREDHAI ALLAH, ucapan kita NASIHAT, derma kita adalah SEDEKAH dan kerana kita berjuang dengan PARTI - PARTI DALAM PAKATAN RAKYAT YANG BERCAMPUR GAUL DENGAN GOLONGAN MUNAFIK DAN KAFIR, kalau kita mati kerana MENEGAKKAN SURUHAN ALLAH, mati kita INSYALLAH DIREDHAI ALLAH, mati kita adalah DALAM KALIMAH ALLAH.

4. Kita tidak payah masuk Yahudi, kita tidak payah masuk Kristian, kita tidak payah masuk Hindu, kita tidak payah masuk Buddha, tetapi kita menjadi kafir dengan MEMPERMAINKAN AYAT SUCI DAN SURUHAN ALLAH SEPERTI YANG DILAKUKAN OLEH PARTI-PARTI DALAM PAKATAN RAKYAT.

abemeghe said...

salam DS,
ambo nok tanyo sikit nih...lamo doh terbuku, sbb baru masuk "internet" kat rumah, bebas sikit nak communicate.
maaf lah deh...apo sebab utama DS gantung tugas SUK dan Penasihat Undang2 lepas DS menang "pusingan pertama" proses mahkamah hari tu? tidakkah terlintas oleh DS kemungkinan akan kalah di "pusingan berikutnya"? dan orang mungkin akan lihat tindakan tersebut seolah2 sebagai satu "melempiaskan amarah" atau "balas dendam"? nok tahu jugok tuh....

jiwarakyatmalaysia said...

Tahniah Dato' Seri. Berjuanglah demi kebenaran. Kerajaan Kudeta BN takkan bertahan lama. Lawan tetap lawan.

Hidup hidup
Hidup PR!

Hancur hancur!
hancur UMNO/BN

Lawan Tetap Lawan said...

DATO SERI DATANG LA MELAKA.....GEMPUR MELAKA. org melaka penyokong UMNO kuat lg. Kasi gegar Melaka

Rosairulasrul said...

salam,

saya menyokong sepenuhnya perjuangan YB. ISLAM SEBAGAI AD-DIN YANG WAJIB DIPERJUANGKAN bukan dijatuhkan sepetimana yang dibuat UMNO.

indraputra80 said...

quote" Blog master said...

Salam dato, nak tanya 1 soalan simple. Andai kata PR dapat merampas parlimen pada 16 sept lepas seperti mana yang terjadi di Perak (walaupon berbeza skit dimana BN Perak x der pasang niat seperti mana PR), adakah Dato akan melaungkan bubar parlimen dan berjuang sepenuh hati seperti ini?

Terima kasih. unquote.

Klu bodoh jgn tunjukan kebodohan itu pada org.lain.

ABD RAHMAN said...

Assalammualiakummm...

Teruskan perjuangan dato' seri. Rakyat sentiasa dibelakang dato seri....insyallah...kebenaran akan wujud suatu hari nanti...bersabarlah kerana allah akan memelihara orang yang bersabar,,,,,

MaMa NabIhAh said...

Nabi s.a.w bersabda :' Jihad yang paling utama ialah mengatakan kalimah yang hak kepada penguasa yang zalim'

Syurga Allah menanti tiap pejuang!

Mystique said...

Berita www.selamatkanperak.com

ASTARGHFIRULLAHHAL'AZIM, apa ke hel nye yeop Nizar kome ni. Tau ler kepola otak dah mereng, tapi takkan nak jual agama semata-mata nak ngikut kater Ngeh dan Nga. Sampe sanggup berlilin-lilin macam paderi Kristian.

Amalan "vigil" ni amalan orang Kristian, kalau yer pun nak tarik pengaruh orang Kristian takkan nak mengamalkan amalan agama mereka. Rasullulah pernah bersabda orang Nasrani dan Yahudi takkan puas hati sehingga orang Islam ikut cara mereka.

Nampaknya Nizar dah ikut cara Kristian. Malah Mufti Tan Sri Harun Sani pun dah cakap amalan ini bertentangan dengan ajaran Islam. Takkan nak tinggalkan cakap mufti ikut cakap Nga dan Ngeh.

Inilah sebenarnya Nizar bertopengkan agama. Kita nak tengok apa kata pemimpin PAS tentang amalan ahli jawatankuasa pusat PAS yang dapat undi tertinggi dalam pemilihan parti itu.

Nizar berdoa sambil pegang lilin?Nizar wajib bertaubat?Baca artikel ini di www.selamatkanperak.com

MaMa NabIhAh said...

mystique, kamu pasti ker DS NIZAR berdoa? kamu dgr ker doanya? doa ape? ada ke aminnya?

kalu kamu pun tak pasti, jgn cpt buat konklusi.

pegang lilin tanda protes dan sebagai simpati pun, tak boleh ker? pelik! pelik!

MaMa NabIhAh said...

tungaklangit, mystique

PM 1Malaysia pun tak ikut cara hidup islam, anak isteri sendiri pun tak boleh suruh pakai tudung! siap boleh bersalam berpeluk dgn bukan mahram!

nama saja islam tapi hidup dalam cara islam sangat ker? kalau yg begitu, amalan agama mana plak deme nih ye?

confius! confius!

TheBendahara said...

Salam,
Dato', pembubaran DUN adalah atas kehendak SULTAN Perak, namun baginda tidak perkenanankannya..jadi kenapa perlu dibawa ke Parlimen? Jika ianya dibincangkan di Parlimen tidakkah perlakuan ini nanti akan memcemarkan "credibility" Sultan yang telah membuat keputusan? Lagipun Perdana Menteri tiada kuasa untuk membubarkan DUN perak..
Saya rasa Dato' tidak melakukannya dengan spontan kerana dari awal lagi lilitan "BUBAR DUN" telah ada dibawa oleh Dato'dan ahli2 pembangkang..maknanya ianya telah dirancang..

anamukmin said...

jom singgah
berkongsi ilmu memngenai msg yg pnah kta trima dahulu di
http://anamukmin3.blogspot.com/

Muhd A.Al-Amin said...

Allahu Akbar!
Hidup DS Ir Nizar!
Teruskan perjuangan suci anda!
Jgn dok hiraukan komen2 bodoh dan jahil dari mereka2 yg terlalu jahil tentang perjuangan, biarkan mereka!
Tumpukan dan fokuskan minda dan kudrat sdra kepada perjuangan menegakkan keadilan dan meruntuhkan UMNO-BN serta apa jua keZALIMan yg mereka cipta dan lakukan!
Allahu Akbar!
Ya Allah, hancurkan UMNO-BN dari muka bumiMu ini!!!
Walillahilhamd..

TheBendahara said...

Yang sepatutnya dipersalahkan ialah bekas ahli PKR yang menyokong BN, kenapa sampai nak minta kepada Allah s.w.t untuk menghancurkan UMNO..apa salah UMNO?
Mereka telah dipecat oleh PKR sendiri, bukan ditarik atau dirasuah..kita kena sedar tu..
Yang bekas PKR nie org melayu..aku sendiri kalau tengok negeri yg majoriti melayu diperkuda oleh DAP..pasti keluar parti tu..

Salleh De Ran said...

Teruskan perjuangan Dato' Seri... jangan mudah mengalah... kuatkan semangat...

Sulaiman Hanim said...

Salam YB Nizar,Penghianatan bangsa Umat Malaysia YB WAJIB ambil kira.Penghianatan UMNO @ BN ni memang bermula seingat saya sekitar 1980an. D negeri Sabah d bawah bayu ni memanglah satu tempat Penganugerahan Maykad Malaysia tulin dan Surat beranak tulin kepada PATI @ Pendatang tanpa Izin ini memang SAHIH lagi BENAR dan bukan d reka cipta ceritranya.Dahulu UMNO @ BN mahukan PBS benar2 kecundang pada waktu itu, Pemberian Maykad Malaysia d anggarkan +- d sekitar 2.5 juta orang Ini memang fakta SAHIH YB,saya hanya ingin menginformasikan kepada YB serta YB2 PR sahaja. Perbuatan menganugrehkan Maykad Malaysia ini memanglah satu perbuatan Jenayah dan 1 penghianatan yg benar2 berlaku untuk bangsa Melayu dan buniputera d negara ini.Tidak ada Parti pembangkang yg bisa berbuat sedemikian kecuali UMNO @ BN yang berkuasa lagi berkuasa d dalam negara ini.Kebanyakan Rakyat @ Masyarakat d dalam negeri seperti Sarawak dan Semenanjung mereka hanya sembil lewa atau kurang mempercayinya, Ini adalah hakikat sebenar apa yg berlaku, Negeri Sabah adalah pintu penganugerahannya. Apa yg perlu saya uar2kan d sini adalah pekerja Kilang2 kebanyakannya pada masa ini adalah orang2 dari negeri Sabah tetapi itu bukanlah rakyat ASAL dari negeri d bawah bayu...Tidak dapat d nafikan rakyat dari negeri sabah adalah d sekitar 20% sahaj yg berkerja d Kilang2 tersebut,80% yang lain adalah Warganegara yg d berikan kepada pendatang2 kebanyakannya daripada Indonesia dan Philipine.Sekarang ini Kerajaan BN @ UMNO d bawah Menteri dalam Negeri sepupu PM kita Datuk Hissamudin diarahkan untuk menganugerahkan lagi sekurang kurangnya 3.5 juta orang lagi. Oleh yang sedemikian YB "WAJIB" menguar uarkan kepada YB PR d Semenanjung sana akan perkara yg berlaku sekarang ini. Supaya Rakyat d Semenanjung dan Sarawak akan lebih berhati hati d atas PENGHIANATAN Pemimpin UMNO @ BN demi untuk mengekalkan Kekuasaan mereka pada PRU ke-13 nanti.Penganugerahan Warganegara yang akan d lakukan ini adalah Agenda Pemimpin 1MALAYSIA. D negeri Sabah pemberian Lisen Teksi,Bus dan jawatan2 seperti Imigresen,Polis,Askar, ADUN,MP,sudahpun ada d antaranya d kuasai oleh PATI yg d berikan Maykad Maaysia ini.YB sila layari blog dari negeri d bawah bayu. (http:kadayanjournal.com)Sekian Wassalam.